"Biology is a natural science concerned with the study of life and living organisms...."

WHAT IS VITAMIN C

Friday 25 November 2011

  • Ascorbic acid
  • A small carbohydrate molecule first identified in the 1920s by Albert von Szent Gyorgyi, who discover that it was able to prevent and cure scurvy
  • Scurvy is a pathological life-threatening condition suffered by people who do not have access to fruits or vegetables for long periods of time

PLANT STIMULI

Thursday 24 November 2011

Dasar Alam Sekitar Negara.

Saturday 19 November 2011

Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) telah diwujudkan untuk meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari.

Tujuan DSN adalah untuk :
• Alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan rpoduktif bagi generasi masa kini dan masa hadapan.
• Pemuliharaan kebudayaan dan warisan semulajadi yang unik dan pelbagai dengna penyertaan berkesan semua sektor masyarakat.
• Cara hidup, pola penggunaan dan pengeluaran yang lestari.
Terdapat Lapan (8) Prinsip di bawah DASN untuk mengharmonikan matlamat pembangunan ekonomi dengan kepentingan alam sekitar iaitu:
1. Pengawasan Alam Sekitar
- Menghormati dan berperihatin terhadap alam sekitar mengikut standard moral dan etika yang tertinggi.
2. Pemuliharaan Ketahanan dan kepelbagaian Alam
- Memulihara ekosistem semula jadi untuk memastikan keutuhan kepelbagaian biologi dan sistem-sistem sokongan hidup.
3. Peningkatan Berterusan Kualiti Alam Sekitar
- Memastikan peningkatan berterusan dalam produktiviti dan kualiti alam sekitar ketika mengejar objektif pertumbuhan ekonomi dan pembangunan manusia
4. Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Asli
- Menguruskan penggunaan sumber asli untuk mengekalkan asas sumber dan keutuhan alam sekitar.
5. Membuat Keputusan Bersepadu
- Mengintegrasikan dimensi alam sekitar ke dalam perancangan dan pelaksanaan
dasar, objektif dan mandat semua sektor.
6. Peranan Sektor Swasta
- Memperkukuhkan peranan sektor swasta dalam perlindungan dan pengurusan alam sekitar.
7. Komitment dan Kebertanggungjawaban
- Memastikan semua pembuat keputusan di sektor awam dan swasta, pengguna-pengguna sumber, pertubuhan bukan kerajaan dan orang awam mempunyai komitmen tertinggi terhadap perlindungan dan kebertanggungjawaban ke atas alam sekitar ketika membentuk, merancang dan melaksanakan aktiviti masing-masing.
8. Penyertaan Aktif dalam Masyarakat Antarabangsa
- Menyertai secara aktif dan berkesan dalam usaha serantau dan sejagat ke arah pemuliharaan dan pembaikan alam sekitar.

STRATEGI HIJAU MALAYSIA ARAH KE HADAPAN
Dasar Alam Sekitar Negara bertujuan mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar ke dalam
aktiviti pembangunan dan proses membuat keputusan yang berkaitan, memupuk pertumbuhan
ekonomi serta kemajuan manusia jangka panjang, dan untuk melindungi dan memperbaiki alam
sekitar. Ia melengkapi dan menambah dimensi alam sekitar yang terkandung dalam dasar
kebangsaan yang lain, seperti dasar perhutanan dan perindustrian, dan juga mengambil
perhatian akan konvensyen antarabangsa mengenai kepentingan sejagat.
Strategi Hijau Malaysia akan menumpukan ke arah bidang-bidang berikut:-

1. Pendidikan dan kesedaran.
2. Pengurusan berkesan sumber asli dan alam sekitar .
3. Perancangan bersepadu pembangunan dan pelaksanaan yang bersepadu.
4. Pencegahan dan kawalan pencemaran dan kemerosotan alam sekitar.
5. Pengukuhan mekanisme pentadbiran dan keinstitusian.
6. Pendekatan proaktif terhadap isu alam sekitar serantau dan sejagat.
7. Pembentukan dan pelaksanaan Pelan-pelan tindakan.

Anda bermula di sini !


Total Pageviews

Pages